salam

Minggu 6

MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


PENGENALAN

• Struktur perpautan lebih dikenali sebagai “hyperlink”. Struktur perpautan ini sering digunakan dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran.
• Struktur perpautan juga dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon.
• Penghubung hyperteks ini juga mengandungi satu lamat yang dikenali untuk disambungkan kepada alamat tersebut.

JENIS-JENIS SISTEM PERPAUTAN
1. Struktur Hierarki
2. Struktur Komposit
3. Struktur Linear
4. Struktur Rangkaian

STRUKTUR HIERARKI

~ Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik utama yang berkaitan dengan pembelajaran.
~ Setiap topik utama dibahagikan kepada beberapa subtopik.

STRUKTUR KOMPOSIT

~ Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain.
~ Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.
~ Murid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan.

STRUKTUR LINEAR

~ Bahan-bahan yang hendak dicari tidak berkaitan antara satu sama lain.
~ Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.

STRUKTUR RANGKAIAN

~ Struktur ini menyediakan pautan atau hubungan antara setiap topik utama.
~ Klik pada sesuatu paparan akan diperolehi dan berpindah kepada laman yang sebelumnya dengan teknik hyperlink.
~ Walaupun laman web berbeza tetapi setiap laman web berkait antara satu sama lain.