salam

Minggu 12

MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU


  • Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
  • Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan


PENGENALAN

Alat pengarangan :


~  Alat yang bertanggungjawab untuk menggabungkan data supaya dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). 
~  Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan. Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.


Jenis-jenis alat pengarangan


·         Kad atau alat berasaskan muka surat
o   Elemen multimedia disusun sebagai muka surat buku atau himpunan kad.
o   Beribu himpunan elemen dikumpul dalam satu himpunan.
o   Pembangun boleh berpindah dari satu kad ke satu kad sesuai dengan corak atau struktur navigasi yang ditetapkan.
o   Antara jenis alat pengarangan tersebut ialahHypercard (macintosh), superCard(macintosh/windows) & Asymetrix Toolbook (windows)

·         Alat berasaskan ikon/adegan
o   Elemen multimedia/adegan disusun sebagai objek dalam rangka kerja berstruktur.
o   Paparkan aktiviti aliran  gambarajah sepanjang laluan yang bercabang.
o   Antara jenis alat pengarangan tersebut ialahMacromedia Authoware(macintosh/windows), IconAuthor(windows) & Quest (windows)

·         Alat berasaskan masa
o   Elemen multimedia disusun disepanjang satu garisan masa dengan resolusi setinggi 1/30 saat.
o   Bingkai grafik akan dimainkan semula mengikut kadar yang ditetapkan oleh pereka.
o   Penambahan navigasi & kawalan interaktif perlu untuk bergerak kemana-mana lokasi.
o   Antara jenis alat pengarangan tersebut ialahMacromedia Director(macintosh/windows). Bahasa lingodigunakan sebagai bahasa pengaturcaraan.

·         Alat berorientasikan objek
o   Elemen multimedia/adegan menjadi objek dalam bentuk hirarki.
o   Mesej dihasilkan menerusi arahan/penerangan yang telah sedia ada.
o   Antara jenis alat pengarangan tersebut ialahmTropolis (macintosh/windows),Quarklmmedia (macintosh/windows) & MediaForge (windows).


Aplikasi Penyuntingan bahan bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
Bahan bahasa Melayu yang didapati daripada internet boleh disunting. Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah tersebut ialah:
(i) Mengumpul bahan dari internet
(ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan
(iii) Memulakan semakan
(iv) Memadam maklumat tidak berkaitan
(v) Simpan maklumat atas talian