MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN
KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
- Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
- Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
- Membina bahan video dan audio
- Menggunakan perisian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar, bertutur dan membaca
Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa.
Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu, terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan tersebut ialah berkaitan dengan penentuan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa yang hendak diajar.
~ Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi.
BAHAN AUDIO
• Audio / bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem omputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar.
• Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
• Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.
~ Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.
BAHAN VIDEO
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.
Perisian bahan video:
- Movie maker
- Macromedia Flash
- Picasa