salam

Minggu 14

BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU



  • Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat 
  • Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
  • Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pembelajaran 
Pengenalan

~ Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.
CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat.
   Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik. Maklumat akan dibaca oleh sinaran laser.


CARA CAKERA PADAT MENYIMPAN DATA

   Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera.
   Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan, manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan.
   Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili dengan binari 1.
   Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung kepada kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya.
   Jika tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0.
   Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera.
   Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6 ribu mm panjang.



Jenis-jenis cakera padat