salam

Minggu 11

PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO

  • Konferensi secara atas talian
  • Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis 


PENGENALAN

Sidang Video ~  satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.

~  Telesidang video ini juga sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah, tutorial, tunjuk cara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, temuduga dan bimbingan kaunseling.

Jenis persidangan video

Kebaikan Menggunakan Telesidang
         Mengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa.
         Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagan hieraki sektor korporat dan sektor-sektor lain.
         Menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
         Membuat keputusan dengan cepat dan spontan.
         Mempertingkatkan komunikasi.
         Perhubungan pensyarah dan pelajar lebih akrab.
         Penambahbaikan kepuasan dalam pengajaran atau di tempat kerja

TRANSMISI SIDANG VIDEO
         Cekup (capture)
   Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio.
   Kamera menukar video ke dalam format digital dan dihantar kepada perisian sidang video yangkemudiannya dimampatkan.
         Mampat
   Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.
   Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem.
         Siar
   Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa.
   Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik