TAJUK : APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
ETIKA KOMPUTER
KESALAHAN PENGGUNAAN INTERNET
1. Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina atau memfitnah.
2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta perlanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.
3. Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.
4. Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim pyramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.
TATACARA PENGGUNAAN
INTERNET
· Teknologi internet telah memudahkan perhubungan antara pengguna dan menyediakan akses kepada banyak maklumat dalam pelbagai bentuk format dengan menyediakan sumber pembelajaran, rekreasi, penyelidikan, analisis, rujukan dan bahan-bahan lain yang berfaedah.
· Menggunakan kemudahan internet dengan cara yang bertanggungjawab dan konsisten.
· Internet adalah infrastruktur saluran global dan merupakan punca maklumat yang tidak terkawal.
· Bertindak secara bijak menilai kesahihan, ketepatan dan kesesuaian sesuatu maklumat yang diperolehi Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.