Yang Indah Itu Bahasa
salam
HASIL PEMBELAJARAN :
- Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara atas talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
- Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
- Membina tapak pembelajaran yang mudah.
- Mengedit bahan pengajaran secara atas talian.
- Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
- Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video
APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA
Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang
dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam
pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan
kemahiran bahasa pelajar. Kesan pengajaran BM menggunakan komputer kepada pelajar agak
positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Masalah utama yang dihadapi oleh guru
dalam menjalankan pengajaran BM berbantukan komputer ialah guru kurang mahir
mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran.
Masalah lain yang dihadapi oleh guru BM dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer
meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang
sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya
boleh memberi kesan terhadap pengajaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)