salam

Minggu 14

BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU



  • Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat 
  • Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
  • Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pembelajaran 
Pengenalan

~ Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.
~ CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat.
•   Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik. Maklumat akan dibaca oleh sinaran laser.


CARA CAKERA PADAT MENYIMPAN DATA

•   Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera.
•   Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan, manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan.
•   Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili dengan binari 1.
•   Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung kepada kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya.
•   Jika tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0.
•   Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera.
•   Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6 ribu mm panjang.



Jenis-jenis cakera padat